Powered By Blogger

Wednesday 26 March 2014

Bintik kolestrol...Skin Tag...???

Assalamualaikum..

Emmm..pernah tak ampa-ampa semua kat luar sana jadi cenni???





Tu la..aku mengalami masalah kulit cenni la....jadi lak kat leher..adoiii..punya la bersemangat search kat Google carik penyelesaian masalah..huhuhu.. nampak cam pelik ja kat leher tu..bintik-bintik hitam..tapi redha jer la kan..

aku try search carik petua-petua cara nak hilangkan bintik-bintik nih, so ni lah di antara solution-solutionnya :




Tea Trea Oil
Tea Tree membantu mengawal dan menyembuhkan penyakit kulit, termasuk skin tag dan tahi lalat. cara-cara penggunaanya, bersihkan skin tag tersebut dan ambil kapas dan rendamkan di dalam air, tambah 3 titis  Tea tree oil pada kapas yang direndam dan ambil kapas tersebut dan sapukan terus ke skin tag tersebut. Ulangi ini 1-2 kali sehari selama seminggu atau 10 hari sehingga luka tersebut hilang.
Perahan Jus Limau
Jus lemon mengandungi asid sitrik, yang membantu  dalam menguraikan sel-sel dalam skin tag. Sapukan sedikit jus lemon ke kapas dan aplikasikannya terus pada skin tag. Tinggalkan ia pada bahagian terlibat sehingga ia kering. sedikit perubahan akan berlaku pada skin tag  setelah mengaplikasikannya selama beberapa hari dan dalam masa terdekat skin tag akan mengering dan lenyap.
Kulit Pisang
Kulit pisang merupakan ubat yang baik untuk skin tag. Potong kulit pisang kepada kepingan kecil. Letakkan kulit pada kawasan yang terjejas dan balut dengan pembalut yang sesuai. Biarkan ia semalaman dan ulangi proses ini setiap hari sehingga skin tag jatuh sendiri.
Dental Floss
Satu lagi kaedah untuk menghapuskan skin tag. Ia boleh digunakan pada mana-mana bahagian badan. Untuk menggunakan Dental Floss, dengan mengikat  ketat di sekeliling pangkal skin tag dekat dengan bahagian badan. Selepas 2 - 3 minggu skin tag akan menjadi lebih kecil dan akan hilang dalam masa terdekat. Ini membantu dalam membunuh skin tag dengan menyekat aliran darah sementara ke kawasan yang terjejas.
Jus Bawang
Potong bawang kepada kepingan kecil dan rendam di dalam bekas dengan garam semalaman. Sekarang ekstrak jus daripada campuran yang direndam. Pada waktu petang, sapukan jus bawang pada bahagian skin tag dan balutkannya dengan pembalut yang sesuai. Tinggalkan ia semalaman dan bilas pada keesokkan paginya dengan air suam. Teruskan proses ini setiap malam selama seminggu.

Banyak lagi kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk merawat skin tag nih...senarai diatas adalah diantaranya...huhuhuhu...InshaALLAH balik nih baru nk mencuba kot.. 

Wish me luck guys :)





No comments:

Post a Comment