Powered By Blogger

Thursday 27 March 2014

Sabda Rasulullah saw

Assalamualaikum..


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم,

"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T 

akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang 

kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina, dan sesiapa yang menjadikan 

dunia sebagai kerisauannya, Allah S.W.T akan menjadikan kemiskinan 

terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia 

tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah 

ditakdirkan."


Hadith riwayat Ibnu majah dan Tirmizi.



@>---




Wednesday 26 March 2014

Motivation...



*****




*****




*****




*****




 *****




*****




*****







*****


Bintik kolestrol...Skin Tag...???

Assalamualaikum..

Emmm..pernah tak ampa-ampa semua kat luar sana jadi cenni???





Tu la..aku mengalami masalah kulit cenni la....jadi lak kat leher..adoiii..punya la bersemangat search kat Google carik penyelesaian masalah..huhuhu.. nampak cam pelik ja kat leher tu..bintik-bintik hitam..tapi redha jer la kan..

aku try search carik petua-petua cara nak hilangkan bintik-bintik nih, so ni lah di antara solution-solutionnya :




Tea Trea Oil
Tea Tree membantu mengawal dan menyembuhkan penyakit kulit, termasuk skin tag dan tahi lalat. cara-cara penggunaanya, bersihkan skin tag tersebut dan ambil kapas dan rendamkan di dalam air, tambah 3 titis  Tea tree oil pada kapas yang direndam dan ambil kapas tersebut dan sapukan terus ke skin tag tersebut. Ulangi ini 1-2 kali sehari selama seminggu atau 10 hari sehingga luka tersebut hilang.
Perahan Jus Limau
Jus lemon mengandungi asid sitrik, yang membantu  dalam menguraikan sel-sel dalam skin tag. Sapukan sedikit jus lemon ke kapas dan aplikasikannya terus pada skin tag. Tinggalkan ia pada bahagian terlibat sehingga ia kering. sedikit perubahan akan berlaku pada skin tag  setelah mengaplikasikannya selama beberapa hari dan dalam masa terdekat skin tag akan mengering dan lenyap.
Kulit Pisang
Kulit pisang merupakan ubat yang baik untuk skin tag. Potong kulit pisang kepada kepingan kecil. Letakkan kulit pada kawasan yang terjejas dan balut dengan pembalut yang sesuai. Biarkan ia semalaman dan ulangi proses ini setiap hari sehingga skin tag jatuh sendiri.
Dental Floss
Satu lagi kaedah untuk menghapuskan skin tag. Ia boleh digunakan pada mana-mana bahagian badan. Untuk menggunakan Dental Floss, dengan mengikat  ketat di sekeliling pangkal skin tag dekat dengan bahagian badan. Selepas 2 - 3 minggu skin tag akan menjadi lebih kecil dan akan hilang dalam masa terdekat. Ini membantu dalam membunuh skin tag dengan menyekat aliran darah sementara ke kawasan yang terjejas.
Jus Bawang
Potong bawang kepada kepingan kecil dan rendam di dalam bekas dengan garam semalaman. Sekarang ekstrak jus daripada campuran yang direndam. Pada waktu petang, sapukan jus bawang pada bahagian skin tag dan balutkannya dengan pembalut yang sesuai. Tinggalkan ia semalaman dan bilas pada keesokkan paginya dengan air suam. Teruskan proses ini setiap malam selama seminggu.

Banyak lagi kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk merawat skin tag nih...senarai diatas adalah diantaranya...huhuhuhu...InshaALLAH balik nih baru nk mencuba kot.. 

Wish me luck guys :)





Tuesday 25 March 2014

Anything...???

Assalamualaikum..

Sebenarnya takdak idea aku nak menulis..

Emm..dah lima hari rasanya mama berlepas menunaikan umrah..aku sentiasa berdoa kepada Allah swt memelihara mama dari sebarang malapetaka, dan memudahkan urusan mama di sana..

my life..emm..centu ja..tp minggu nih sebuk main volley ball..macam dah xdak apa nak wat petang-petang kan..En.Suami pun kalut main sepak takraw..yang si kecik comel aku bawak tengok aku main volley ball, tapi kalut ja dia nak main sekali ngan aku..huhuhu..main pun jadi x konsentrate..hehehe..layan jer la kan..














Thursday 20 March 2014

Permudahkanlah Urusan Ibu Ku Ya Allah..

Assalamualaikum..

Emm..harini lewat sikit mengupdate blog..hari yang sangat sebuk tuk aku..huhuhuhu.. maklum la kan, Ahad nih aku cuti..banyak kerja yang nak di settle kan sebelum bercuti..huhuhu..

Esok malam, insha ALLAH, mama akan bertolak menunaikan ibadah umrah dan ziarah untuk kali pertama selama 2 minggu..

"Rabbi Yassir Wa la Tuassir"
Ya Allah, Kau permudahkan lah urusan ibuku, jangan kau persulitkan urusannya..

Harapnya takdak apa-apa masalah yang menimpa..persiapan mama setahu aku dah cukup semua
dah..cuma menanti hari untuk pergi ja..

Ya Allah, Ya Tuhanku, kau permudahkan lah urusan ibu ku, Ya Allah..

Syukur pada Allah swt..

Cuma terdetik dalam hati bila pulak giliran aku untuk pergi menziarah rumah Allah swt..jadi sayu
lak aku..huhuhuhu.. Mesti damai ja kan bila ada kat sana..



"Ya Allah, Kau lindungi lah Ibu ku ketika di sana, Kau permudahkanlah urusan ibadatnya di sana nanti Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya Engkau lah sebaik-baik tempat untuk memohon pertolongan"









Wednesday 19 March 2014

DIY Clothespin Vase

Assalamualaikum..

emm..nih da satu DIY yang unik aku terjumpa masa aku duk blogwalking.. cam unik ja..buat pasu guna penyepit baju..memang unik..

credit to FABDIY



macam-macam lagi DIY yang boleh dipelajari kat sini; DIY Clothespin Vase

so marilah kita sama-sama merajinkan diri untuk mencuba sesuatu yang kreatif..

Kesiannya si Kecik Comel Ku..huhu

Assalamualaikum..

Nak dijadikan ceta, semalam En.Suami balik rumah ngan si Kecik Comel, mula-mula tu cam biasa

ja..xdak pa yang obviously pelik pun.. Entah camna aku boleh perasan ada bintat-bintat merah kat

kaki si Kecik Comel aku tu, ingatkan nyamuk gigit, pulun la sapu minyak TYT kat kaki dia.. dahtu

perasan da lagi bintat-bintat kat kaki sebelah lagi..cuak gak la aku.. check abeh satu badan dia,

memang badan dia penuh ngan bintat-bintat merah kecik-kecik..cian dia..

ghupanya lebih kurang cengini la..credit to Mr. Google..TQ
Aku bawak si Kecik Comel aku ke klinik..punya la lama menunggu turn nak jumpa doktor, ramai

pulak yang sakit harini..huhuhu.. tapi agak keciwa la, sebab bila masuk ja nak jumpa doktor, aku

nak tunjukkan bintat-bintat tu, alih-alih xdak dah..hilang begitu saja..angin gak la, bla doktor

bagitau dia xleh la bagi description ubat sebab dia x nampak ghupa cmna bintat-bintat

tu..huhuhuu..ciannya anak aku nih.. Alkisahnya, aku balik cenggitu jer la, doktor just bagi ubat

makan ja tuk allegik katanya..huhuhu..

Bila malam, aku check badan dia, still gak ada sikit-sikit naik, kat muka skit, kaki skit..En.Suami

kata, maybe bila badan dia panas kot baru naik bintat-bintat tu..huhuhu..

Pagi nih macam biasa, terpaksa la hantar si Kecik Comel ke rumah pengasuh, berat gak hati..tapi

nak macam mana, dah ada tanggungjawab yang lain perlu di laksanakan..tapi aku dah pesan dah

ngan makcik, kalu ada apa-apa yang mencurigakan, mintak call aku cepat..sapa x risau kat anak

wehhh.. tak sabar nak tunggu petang, nak tengok dia macam mana, dah ok ka belum..

Sambil-sambil tu aku try google gak petua-petua untuk hilangkan gatal nih.. baru nak search..jom

kita..



Tuesday 18 March 2014

Thailand Part 2 :)

Assalamualaikum..

Emm..harini post pasal aktiviti jalan-jalan ja..hehehehe..sebab aku nih susah skit nak keluar jalan-jalan makan angin..kalu nak dikira tu , setahun sekali pn susah..bukannya apa, cuma masa tak mengizinkan..huhuhu..story nih aku nak share time aku pegi Hatyai, Thailand Disember 2013..cam best jer kan..memang best pun..sebab aku join aktiviti kelab kat tempat aku kerja nih, depa buat explorasi berkayak kat sungai apa ntah kat Thailand tu..yang sebenarnya, dah lama dah aku x berkayak nih, sejak-sejak nikah, mana ada aku aktif dalam apa-apa aktiviti luar pun, tapi dah tetiba rasa syok lak nak join, dahtu dapat "green light" dari En.Suami, itu yang menjadikan semangat nak pegi tu berkobar-kobar lagi.. hehehe..

nama ja pegi berkayak, tapi gambar masa kayak xdak pun..mana nak sempat pegang kamera pun..dah la, kebetulan hari yang kami pegi tu dekat Thailand hujan, so mandi sungai dalam hujan la jawabnya..hehehehe..apapun ni lah pengalaman yang paling best, sebab brapa kali kayak aku terbalik dan tenggelam timbul dalam sungai tu..tapi syok beb..


mazlinamuhame@blogspot.com




ni dekat floating market

macam-macam ada dijual kat sini

aku beli tembikar ultraman utuk si kecik aku :)


Selain daripada tu, da juga aktiviti shopping-shopping..hehehe..tapi aku xdak la berabeh sakan sangat kat sini..biasa-biasa aja..



aktiviti shopping kat sini la :) berbelanja sakan gak

ok la..takat ni saja untuk sekarang..

Assalamualaikum..

Dutch Lady Milkathon 2014 Contest (Malaysia)

Assalamualaikum..

Nih aku terjumpa entry pasai contest Duch Lady Milkathon 2014 Contest mula 1 Mac 2014 hingga 30 April 2014..

dan sememang-memangnya yang sebenaqnya aku suka join contest-contest cenggini :) (alaaa untuk suka-suka ja, tapi tak pernah menang apa-apapun, takdak rezeki lagi, inshaALLAH nanti-nanti kot)

emmm.. apa-apapun, just follow kat sini untuk maklumat yang selanjutnyanya ya :)




ok la..

Assalamualaikum :)

My first Trip To Koh Lipeh, Thailand

Assalamualaikum..

Welcome to Koh Lipeh :) Sawadikap..



Walaupun dah lama dah aku p melancong ke Koh Lipeh nih (actually ujung tahun 2011)..tp kenangan tetap kekal dalam ingatan aku..sebab ni la first time aku p melancong ke luar sempadan..hehehe..best-best..dhtu p pulak ngan insan yang disayangi..lagi la bertambah best..  Kat sana senang gak nak cari makanan halal dan sedap.. tapi dari mula sampai sehingga ke balik, kami cuma berani makan kat satu kedai makan nih saja..makanannya pun sedap jugak..nak tukaq duet ngan tuan kedai ni pun boleh..tapi xdak la tinggi sangat ratenya..


ni la kedainya Bung Roon Halal Food

tak banyak aktiviti yang kami buat..just jalan-jalan, lepak-lepak, makan-makan ja..da la satu hari tu kami amek pakej snorkeling + pusing pulau-pulau yang da kat sana..

time snorkeling..air laut jernih sangat

Pulau Ko Hin Ngam

susunan tower batu kami :) 1st try

da banyak lagi...

2nd try :)

boleh layan sunset gak..

Subhanallah..cantik kan??



emm..tu la kenangan yang terindah dalam hidup aku...hehehe..boleh kata centu??? aku pun duk planning nak p lagi..tp banyak feedback yang aku dapat, skarang nih Koh Lipeh dah tak macam dulu..dah sesak..huhuhuhu..






+ Amusing World..sangat best :)

Assalamualaikum..

Aku sangat suka follow page nih..macam-macam gambar yang menarik depa post, mengenai macam-macam cerita..suka suka suka sangat-sangat





dis is one of the quot that i like :) thanks to  +Amazing World

Monday 17 March 2014

Today 17/3/2014- we are sorry for the inconvenient..

Assalamualaikum

Harini bersemangat pagi-pagi lepas punch kad p ke McDonald..bajet boleh la dapat breakfast 
free hari ni..tp keciwa ja..huhuhuhu..awat?? pasai national breakfast yang aku post entry sebelum nih, di tunda..huhuhuhu..
Jadi..sorry la kawan-kawan ek..so nak dijadikan cerita..aku singgah la kedai  makcik tu untuk beli breakfast..pagi-pagi dah tibai nasik + sambal ikan keli...sedap sangat-sangat..xdak la rasa kecewa sangat kn, sebab dapat makan sambal ikan keli yang memang memang sedap..pandai makcik tu masak kan..hehehe...so today no free breakfast..huhuhu..

sehingga berjumpa lagi ek :) 

Take care..Assalamualaikum..

Wednesday 12 March 2014

Mark your calendar on 17/3/2014 - McDonald National Breakfast

Assalamualaikum dan Selamat Pagi..


Dalam duk search2 kat google tu, tiba2 terperasan la satu advertisement nih..Jadi kawan-kawan seluruh Malaysia, jangan lepaskan peluang nih, ramai-ramai la kita serbu McDonald 17 Mac 2014 nih untuk free Egg McMuffin (untuk peminat tegar McDonald la ek).. Aku kadang-kadang ja layan McD nih..mau rasa teringin sangat ja gagah p..kalu tak, segan gak aku nk p beratuq kat situ, baik pagi-pagi lepak kedai mamak, makan roti canai ngan teh tarik, lagi layan kan..huhuhuhu..





So..jangan lupa ek nanti..jumpa 17 Mac 2014 nih

Tuesday 11 March 2014

Keep Faith in MH370

Assalamualaikum..

Dah masuk berapa ari dah MH370 hilang..hilang begitu saja dan telah meninggalkan seribu satu pertanyaan kepada dunia.. Semuanya dengan izin dari-Nya.. Ya Allah, Ya Tuhan ku, Selamatkan penumpang-penumpang dan krew MH 370.. Sehinnga ke hari ni dan saat ni, tak dak sebarang perkembangan yang positif tentang kejadian ni..





Doa Keselamatan Diri dan keluarga


إِنَّ رَبِّيَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمُ ،
مَا شَاءَ اللَّهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأُ لاَ يَكُونُ لاَ حَوْلَ ،

وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ ،
أَشْهَدُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ،
وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا،
أَعُوذُ بِالَّذِي يُمْسِكُ السَّمَاءَ أَنْ تَقَعَ عَلَى الأَرْضِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
مِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ رَبِّي آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ


Maksudnya : Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung, .Apa sahaja yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan berlaku.Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang maha tinggi lagi maha agung.Aku bersaksi bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu.Aku memohon perlindungan kepadaNya yang maha berkuasa menahan langit dari jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya dari kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.
( Riwayat al-Baihaqiy dalam Dala`il al-Nubuwwah no 3046, al-Matalib al-Aliyyah no 3490 , Ithaf al-Khiarat no 6087 , Bughyat al-Bahith no 1052)


Ya Allah, Ya Tuhan Ku..Selamatkanlah mereka daripada sebarang malapetaka.. Amin..Amin ya rabbil Alamin

Wednesday 26 February 2014

My New Tools; Pemanggang Ajaib HIG

Assalamualaikum..

Kemarin semangat ajak En.Suami p beli Pemanggang Ajaib kt Kompleks Haji Ismail Group sebab bersemangat nak buat ayam bakar..hehehe.. ni lah untungnya tinggal kt Langkawi, teringin ja, boleh ja terus p beli..huhuhu.. (untung la sangat...tapi kena dengan time la,kan baru bergaji)


ni la rupanya pemanggang ajaib yg aku beli tu..aku beli saiz yg sederhana ja saiz 36 cm harganya murah ja pn dlm RM 80.00 ja.. Beza harga antara saiz tak banyak pn..tp aku beli pn ikut padan2 patut ngan aku punya dapur la..tak la gabak sangat..huhuhuhu..

Macam-macam yang boleh buat dengan pemanggang ajaib nih..best-best..tak sabaq nak ber eksperimen dengan pemanggang ajaib nih nanti..tapi kena tunggu cuti-cuti la dulu ek..
semalam sempat buat ayam bakaq ja..Resepi nya senang ja, tapi hasilnya..muuuuuuuaaaaaaaaaaahhhhhhhhh...sedap sangat-sangat..




Monday 24 February 2014

Today Breakfast Saver, 24.2.2014; Brekkie Wrap RM1



Assalamualaikum..


Hari ni breakfast singgit ja.. Alhamdulillah, syukur..
Sapa xmau beli..singgit satu..
tapi tu la, limit 2pcs tuk 1 customer..xley beli banyak..mau x semua orang hangkut berkoyan-koyan..
tak terkecuali la aku.. boleh la wat kenduri satu opis..huhuhu...tapi apa kan daya..boleh beli 2 ja..
sedap jugak bendalah nih..tapi x sesuai la ngan perut melayu aku nih..mesti makan nasi tuk breakfast..


Arini last tuk promotion brekkie wrap nih..apapun memang berbaloi2 baloi la kalu beli singgit ja satu..kalu weekday harganya RM 4 lebih kot tuk satu set include ngan coffee & hashbrown.. (kalau tak salah la..eh,promote McD la pulak)


Sunday 23 February 2014


Assalamualaikum..



InshaALLAH..sama-sama kita amalkannya setiap hari dan saling ingat mengingati..

1st Try..I'm A Beginner

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

walaweh ayat cam formal ja kan :) hehehehe..

Apa pn..this is my 1st try for blogging..wish me luck guys..

Harapnya ada blogger-blogger otai yang kat luar sana sudi membantu, menunjuk ajar yang mana patut..sebab aku bukannya pandai sangat ngan IT nih..just redah  ja nih..hehehehe

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar, kalu salah tolong tunjukkan

:)